DANA BINA MASJID KARIAH TAMAN KELISA RIA, SUNGAI PETANI

JOM BERSAMA MEMBINA SEBUAH LAGI RUMAH ALLAH!



SEDEKAH PALING AFDAL : PEMBANGUNAN MASJID TAMAN KELISA RIA, SUNGAI PETANI PERLU RM3 JUTA

"Ya Allah Kau murahkan rezeki, permudahkan urusan

para penderma untuk masjid kami di dunia dan akhirat.

Terima kasih semua."



Sungai Petani - Penduduk di Taman Kelisa Ria memerlukan sebuah masjid baharu segera bagi menyelesaikan isu kesesakan dan tidak dapat menunaikan solat berjemaah dengan selesa kerana ruangan surau sedia ada tidak dapat menampung lebih ramai jemaah yang kian bertambah.

Surau Taman Kelisa Ria telah diisytiharkan oleh Sultan Kedah untuk membenarkan penduduk kawasan perumahan ini untuk menunaikan solat Jumaat sejak 29 Januari 2012.

Kebenaran itu disambut baik semua penduduk Taman Kelisa Ria kerana tidak perlu lagi ke masjid sekitar yang jaraknya lebih lapan kilometer untuk menunaikan solat Jumaat.

Disebabkan itu juga, surau Taman Kelisa Ria telah melakukan satu renovasi untuk menambah ruangan solat bagi menampung lebih ramai jemaah untuk menunaikan solat.

Walaupun ruangan surau telah lebar dan agak ramai yang boleh hadir, namun pengubahsuaian yang dilakukan telah menghilangkan reka bentuk asal sebuah surau.




Rancangan pembinaan Masjid Taman Kelisa Ria Menelan Belanja RM3 Juta

  • Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengendalikan hal berkaitan pembinaan Masjid Taman Kelisa Ria
  • Projek ini mula dilaksanakan pada tahun 2015
  • Sebanyak dua kali permohonan dana dilakukan terhadap kerajaan negeri, namun masih belum tiada peruntukan diberi
  • Jawatankuasa mengambil inisiatif untuk mengutip dana dan dipersetujui oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah




Rayuan Sumbangan Percepatkan Pembinaan Masjid Taman Kelisa Ria
  • Pembangunan sudah berjalan sebanyak 20 peratus 
  • Masjid Taman Kelisa Ria akan dijadikan bangunan dua tingkat
  • Tingkat bawah adalah untuk ruangan solat
  • Tingkat akan atas melibatkan bilik imam, bilik bilal, bilik PA System dan bilik mesyuarat
  • Fasiliti asas untuk kegunaan jemaah seperti tandas, serta bilik wuduk


Surau sedia ada ini juga akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh jemaah sebagai :

  • Dewan untuk aktiviti orang ramai dan sebagainya
  • Kelas pengajian KAFA
  • Kelas pengajian Al-Quran


‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith riwayat Muslim).




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
DANA SEMPURNAKAN FASILITI KARIAH TAMAN KELISA SUNGAI PETANI - RM1000
DANA SEMPURNAKAN FASILITI MASJID KARIAH TAMAN KELISA SUNGAI PETANI - RM500
DANA SEMPURNAKAN FASILITI MASJID KARIAH TAMAN KELISA SUNGAI PETANI - RM100
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN