
JOM BERSAMA MEMBINA SEBUAH LAGI RUMAH ALLAH!
SURAU YANG ADA KIAN BERSESAK
SEDEKAH PALING AFDAL : PEMBANGUNAN MASJID TAMAN KELISA RIA, SUNGAI PETANI PERLU RM3 JUTA
"Ya Allah Kau murahkan rezeki, permudahkan urusan
para penderma untuk masjid kami di dunia dan akhirat.
Terima kasih semua."
Walaupun ruangan surau telah lebar dan agak ramai yang boleh hadir, namun pengubahsuaian yang dilakukan telah menghilangkan reka bentuk asal sebuah surau.
Rancangan pembinaan Masjid Taman Kelisa Ria Menelan Belanja RM3 Juta
- Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengendalikan hal berkaitan pembinaan Masjid Taman Kelisa Ria
- Projek ini mula dilaksanakan pada tahun 2015
- Sebanyak dua kali permohonan dana dilakukan terhadap kerajaan negeri, namun masih belum tiada peruntukan diberi
- Jawatankuasa mengambil inisiatif untuk mengutip dana dan dipersetujui oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah
- Pembangunan sudah berjalan sebanyak 20 peratus
- Masjid Taman Kelisa Ria akan dijadikan bangunan dua tingkat
- Tingkat bawah adalah untuk ruangan solat
- Tingkat akan atas melibatkan bilik imam, bilik bilal, bilik PA System dan bilik mesyuarat
- Fasiliti asas untuk kegunaan jemaah seperti tandas, serta bilik wuduk
Surau sedia ada ini juga akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh jemaah sebagai :
- Dewan untuk aktiviti orang ramai dan sebagainya
- Kelas pengajian KAFA
- Kelas pengajian Al-Quran
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith riwayat Muslim).